Kehidupan ini adalah seperti sebuah perjalanan dimana adakalanya kita terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan rintangan di sepanjang perjalanan .....

Thursday, June 23, 2011

Sad Story :'(

.
arini adalah hari yang malang buat aku. pe yang aku rancang..., semua tak menjadi. lain plak yang jadinya. hmmm... :'( arini plan nak teman membe aku amek ujian komputer tuk lesen tu. pastu nak pergi Jabatan Pendaftaran Negara tuk wat i/c baru.
plan mula2 nak gerak dalam pukul 10 pagi tuk booking amek test tu. tapi aku bangun lambat. siap2 dalam pukul 12 tengahari baru gerak dari rumah. ingat nak bawak motor. tapi motor adik aku plak yang pakai. haiyaa... yang tinggal, kete je r. pastu time nak gi isi minyak tu, aku terlanggar plak divider jalan. adoi!! tak pasal2 tayar bocor. rasanya terlanggar sket je. tak sangka lak leh smpai bocor. nasib baik bengkel kereta dekat je. servis tukar tayar RM5.


ok la. lepas tu kitorang gi la tempat test komputer tuk lesen tu. tapi orang tu kata dh tak boleh booking. so, terpaksa la datang lagi sok. hmm... perut pun dah lapar, kitorang mam la kat mcd jap. dalam kul 1 lebih tu, gerak r gi Jabatan Pendaftaran Negara... tapi kitorang naik teksi. malas r nak bawa kete... teksi tu plak, jalan lain plak yang diikutnye. orang suruh ikut jalan lain, dia ikot jalan lain. tempat yang dekat, jadi jauh lak. haiyaa...


dh sampai kat Jabatan Pendaftaran Negara....uruskan pasal nak buat i/c baru tu. dia kata, 3 minggu baru siap i/c baru tu. bila time balik, dah sampai tempat aku letak kete tadi... baru aku sedar. HANDPHONE AKU TERTINGGAL!! aku suruh membe aku call. dia call banyak kali, tapi handphone aku tu dimatikan. nak nanges rasanye. masuk arini, dh 2 kali aku hilang handphone. dah la handphone aku baru hilang bulan lepas... bulan nie hilang lagi?? malang betul nasib aku. hmm... aku rasa handphone tu aku tertinggal dalam teksi. camne la aku boleh tertinggal nie. cuai betul!!!! geram kat diri sendiri!!


so, sekarang nie... aku dah tak de handphone nak pakai. sesape pun tak leh contact aku r. kalau yang tau no tepon umah aku tu.. leh la call umah. hmm... sok nak pegi maxis center. buat no yang same lagi. harap lepas nie... tak tertinggal handphone da. aku rasa, lepas nie.. aku tak nak bawak tepon dah time kuar. aku nie dah la cuai. handphone pun rasanya... kena pakai handphone yang biasa2 je...yang murah2. ha...lupa lak nak bagi tahu. handphone yang hilang nie pun...handphone orang! bukan handphone aku...tu pun baru 2 hari tukar handphone ngan dia. hmm.. serba salah aku dibuatnya. nasib baik dia tak marah. dia kata...tak pe la. benda dh jadi.. :( tapi tak pe la, t aku ganti baru.


sedihnya aku rasa. puas dah nangis. thanx kawan sebab tenangkan aku. erm, mungkin ade hikmah disebaliknya. nie semua dugaan buat aku. dan pengajaran tuk aku gak. :(


p/s : banyaknye nak pakai duit. yuran pun blom bayar lagi. bulan 7 nie nak masuk belajar balik. gaji dah r belum masuk lagi. nak kena ganti handphone tu plak. pasal tayar bocor tu lagi.. :'(

*** Thanx sudi baca.. Kalau rajin, tinggalkan la komen sekali ***

2 Orang Suka Senyum :):

AdaApe..? said... Reply To This Comment

sabor ye...2 sume dgaan tuk awk... :)

Nona Hana said... Reply To This Comment

hmm...ok. thnx wak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...